Soalan Kertas 1 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2008 PPD Johor Bahru

SULIT                                                                                                                         3755/1

Perdagangan                                                    

Kertas 1

2008

11/4 jam

 

  

  

JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR

 

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2008

                TINGKATAN 5

  

  


PERDAGANGAN

 

Kertas 1

 

Satu jam lima belas minit

 

  


JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

  

  • 1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan
  • 2. Jawab semua soalan
  • 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan berhuruf A, B, C dan D.

Bagi tiap-tiap soalan pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan yang disedia.

  • 4. Penggunaan kakulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan adalah

            dibenarkan

           

 

 

 

 


Kertas soalan ini mengandungi  18   halaman bercetak

SULIT                                                                                                       3755/1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

  • 1. Antara yang berikut, manakah benar tentang kehendak manusia?
  • A. Kehendak manusia sama untuk semua manusia
  • B. Kehendak manusia diperlukan oleh manusia untuk terus hidup.
  • C. Kehendak manusia berubah mengikut citarasa dan pendapatan manusia.
  • D. Kehendak manusia sukar dipenuhi kerana sumber terhad.

 

  • 2. Pernyataan yang manakah merujuk kepada keperluan fisiologi mengikut Hierarki Keperluan Maslow ?
  • A. Menduduki rumah mewah dan berstatus.
  • B. Mendapat penghormatan dari masyarakat umum.
  • C. Mencapai kesempurnaan dalam bidang muzik dan seni.
  • D. Perlindungan daripada keadaan huru-hara dan ketidakadilan.

 

  • 3. Antara berikut, yang manakah menerangkan tentang pengeluaran ?
  • I Aktiviti menghasilkan barang untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
  • II Aktiviti mengagihkan barangan daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir.
  • III Kegiatan jual beli untuk mendapatkan keuntungan.
  • IV Proses penciptaan nilai faedah.
  • A. I dan II C. III dan IV
  • B. II dan III D. I dan IV

 

  • 4. Rajah 1 menunjukkan cabang pengeluaran.

 

PENGELUARAN

X

Y

KHIDMAT

LANGSUNG

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                                      Rajah 1

Apakah X dan Y ?

 

 

X

Y

A

Pembinaan

Perniagaan

B

Perusahaan

Perdagangan

C

Perniagaan

Perusahaan

D

Pembinaan

Perdagangan

 

  • 5. Antara berikut, yang manakah benar tentang sistem barter ?
  • A. Sistem barter sesuai digunakan untuk zaman moden.
  • B. Barang seperti sayur-sayuran dan buah-buahan sesuai diniagakan di bawah sistem barter.
  • C. Sistem barter bermaksud pertukaran barang dengan barang antara dua pihak tanpa melibatkan wang.
  • D. Sistem barter menggalakkan pengkhususan dalam pengeluaran.

 

  • 6. Rajah 2 menunjukkan hubungan dua hala di antara perdagangan dengan perniagaan.

 

PERNIAGAAN

PERDAGANGAN

 

 

Rajah 2

 

                Apakah  hubungan kedua-duanya dalam proses pengeluaran ?

  • A. Mencapai pengeluaran maksimum melalui pengkhususan.
  • B. Mencipta nilai faedah kepada kehidupan manusia.
  • C. Mendapatkan keuntungan melalui urusniaga.
  • D. Menyediakan tempat untuk berniaga.

 

  • 7. Soalan 7 berdasarkan saluran agihan di bawah.

 

Pengeluar              Ejen   Pengguna

 

 

Apakah barangan yang paling sesuai menggunakan saluran agihan tersebut ?

  • A. Buku C. Insurans
  • B. Durian D. Batu bata

 

  • 8. Antara berikut, yang manakah merupakan fungsi peruncit kecil-kecilan kepada pengguna ?
  • I Menyediakan pelbagai jenis barang
  • II Membeli secara pukal untuk kebaikan pengguna
  • III Menjual dalam kuantiti yang diperlukan
  • IV Memberi kredit kepada semua pengguna

A.   I dan II                        C.  II dan IV

B.   I dan III                       D.  III dan IV

 

  • 9. Antara berikut yang manakah tidak benar tentang fungsi peruncit dalam saluran agihan?
  • A. Melakukan kerja-kerja akhir seperti menimbang, membungkus dan melabel
  • B. Memberi kredit kepada semua pelanggan.
  • C. Memberi khidmat nasihat yang manfaat kepada pelanggan
  • D. Menyimpan stok dan memperagakan barang.

    

  • 10. Mengapakah orang ramai lebih suka membeli belah di pasar raya berbanding kedai runcit ?
  • I Terdapat beraneka jenis barang di bawah satu bumbung
  • II Keadaan membeli-belah yang selesa
  • III Ada layanan peribadi
  • IV Dapat membeli secara kredit

A.  I dan II                         C.   III dan IV

B.  II dan III                       D.   I dan IV

 

  • 11. Maklumat berikut merupakan salah satu kaedah jualan yang digunakan oleh seorang peniaga.

 

Pengguna boleh membuat pesanan untuk membeli barang yang diiklankan di televisyen dengan cara menekan papan kekunci atau bercakap dengan penjual melalui gagang.

 

 

   Apakah kaedah peruncitan yang dimaksudkan dalam pernyataan di atas ?

  • A. Pesanan mel C. Televisyen interaktif
  • B. Kedai Katalog D. Mesin peruncitan automatic

 

  • 12. Di antara berikut yang manakah tidak benar tentang fungsi pemborong dalam saluran agihan ?
  • A. Menyediakan kemudahan pergudangan
  • B. Menstabilkan harga barang dan menjamin bekalan yang berterusan
  • C. Menyediakan pelbagai jenis barang untuk pilihan peruncit.
  • D. Menyediakan perkhidmatan selepas jualan.

 

  • 13. Pernyataan di bawah berkaitan dengan seorang pemborong.

  • Menjual bagi pihak pelanggan
  • Menemukan penjual dengan pembeli
  • Menerima komisen

 

 

 

 

 

           Siapakah pemborong itu ?

  • A. Broker C. Ejen pengeluar
  • B. Jober Para D. Pemborong pesanan berwakil

 

  • 14. Semasa membekalkan barang runcit kepada Kedai Runcit Alias, pembekal telah terlupa merekodkan dalam invois jumlah RM 150 untuk 10 beg serbuk pencuci Cap Wangi yang dibekalkan. Untuk membetulkan kesilapan ini, dokumen yang perlu dihantar kepada Kedai Runcit Alias ialah .......
  • A. Invois C. Nota kredit
  • B. Nota debit D. Invois proforma

 

  • 15. Maklumat di bawah adalah mengenai sejenis kaedah jualan.

  • Barang dihantar oleh pembekal kepada peniaga.
  • Peniaga dibayar komisen ke atas barang yang dijual.
  • Barang yang tidak laku dipulangkan semula kepada pembekal.

 

 

 

 

 

 

           Apakah kaedah jualan yang digunakan ?

  • A. Jualan tunai C. Jualan prabayar
  • B. Jualan kredit D. Jualan konsainan

 

  • 16. Ramu menandatangani perjanjian untuk membeli sebuah kereta secara ansuran. Kereta Ramu telah ditarik balik kerana Ramu gagal menjelaskan ansuran. Kaedah jualan tersebut dikenali sebagai....
  • A. Sewa beli C. Jualan konsainan
  • B. Pajak gadai D. Bayaran tertunda

 

  • 17. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri perniagaan bayaran tertunda ?
  • I Sesuai untuk barang yang tahan lama
  • II Barang ialah milik pembeli
  • III Barang tidak boleh ditarik balik oleh penjual
  • IV Pembeli boleh didakwa untuk menuntut baki bayaran
  • A. I, II dan III C. I, III dan IV
  • B. I, II dan IV D. II, III dan IV

 

  • 18. Apakah perkhidmatan yang sesuai dijual dengan menggunakan kaedah jualan prabayar ?
  • I Perkhidmatan lebuh raya
  • II Perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT dan bas
  • III Syarikat telekomunikasi
  • IV Perkhidmatan bekalan elektrik
  • A. I, II dan III C. I, III dan IV
  • B. I, II dan IV D. II, III dan IV

 

  • 19. Apakah kelebihan yang diperoleh konsainor melalui kaedah jualan konsainan ?
  • A. Pengurusan stok lebih mudah
  • B. Pemasaran lebih luas melalui pelantikan ejen.
  • C. Perlu jualan yang besar jika mahu komisen yang tinggi
  • D. Dapat mempelbagaikan barang niaga tanpa meningkatkan kos

 

  • 20. Apakah kepentingan perniagaan antarabangsa kepada sesebuah negara ?
  • A. Meluaskan pasaran barangan
  • B. Menambah peluang pekerjaan
  • C. Menjmatkan kos pengeluaran
  • D. Mendapat pertukaran mata wang asing

 

  • 21. Antara berikut, yang manakah bukan penerangan bagi perniagaan antarabangsa ?
  • A. Menggunakan kadar pertukaran wang yang sama
  • B. Melibatkan aktiviti jual beli antara dua negara yang berbeza
  • C. Melibatkan pengeksport dan pengimport
  • D. Menggunakan bahasa yang berbeza

 

  • 22. Apakah halangan-halangan yang dihadapi dalam perniagaan antarabangsa ?
  • I Penggunaan mata wang yang berlainan
  • II Penggunaan bahasa yang berlainan
  • III Risiko yang tinggi
  • IV Prosedur kastam yang rumit
  • A. I, II dan III C. I, III dan IV
  • B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

 

  • 23. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri perbankan konvensional ?
  • I Keuntungan maksimum diperolehi daripada pelaburan bebas
  • II Faedah dikenakan kepada peminjam
  • III Faedah diberi kepada penyimpan
  • IV Mengamalkan prinsip keadilan
  • A. I, II dan III C. I, III dan IV
  • B. I, II dan IV D. II, III dan IV

 

  • 24. Sistem perbankan Islam berbeza dengan sistem perbankan Konvensional kerana
  • A. Sistem perbankan Islam mementingkan keadilan sosial dan kesamarataan.
  • B. Sistem perbankan Islam mementingkan jumlah pinjaman peminjam.
  • C. Sistem perbankan Islam menjaga kebajikan pemegang syer-syernya.
  • D. Sistem perbankan Islam mementingkan kedudukan kewangan peminjam.

 

 

  • 25. Berikut adalah tugas-tugas Bank Negara kecuali
  • A. Melaksanakan dasar kewangan kerajaan
  • B. Menerima simpanan dan membayar bagi semua jabatan kerajaan
  • C. Menyediakan kemudahan akaun semasa kepada bank perdagangan
  • D. Bertindak sebagai ejen kewangan kerajaan

 

  • 26. Antara berikut, yang manakah benar tentang prinsip dalam pengendalian Bank Islam ?
  • I Tidak mengandungi unsur maisir
  • II Boleh membeli bon kerajaan berdasarkan faedah
  • III Membenarkan riba hanya kepada beberapa urusan tertentu sahaja
  • IV Konsep perkongsian untung diamalkan bagi menggantikan konsep faedah
  • A. I dan II C. III dan IV
  • B. II dan III D. I dan IV

 

  • 27. Antara berikut, yang manakah kelebihan akaun simpanan tetap.
  • A. Kadar faedah lebih tinggi daripada simpanan biasa
  • B. Penyimpan dapat mengeluarkan wang pada bila-bila masa
  • C. Pelanggan dapat menggunakan kemudahan penggunaan cek
  • D. Jumlah minimum simpanan adalah lebih rendah daripada simpanan biasa

 

  • 28. Apakah kemudahan pembayaran yang digunakan untuk membuat bayaran hutang yang tidak tetap dan tarikh pembayaran yang berubah-ubah ?
  • A. Pindahan kredit C. Surat langsung
  • B. Perintah sedia ada D. Debit langsung

 

  • 29. Peniaga selalu menggunakan cek untuk membuat pembayaran kerana
  • A. Cek merupakan wang sah
  • B. Butiran dalam cek mudah dipinda
  • C. Dijamin pembayarannya oleh bank
  • D. Cek boleh dijadikan bukti pembayaran

 

  • 30. Rajah 3 menunjukkan sekeping cek.

 

                                                            Stamp Duti Paid

     TEGUH BANK BERHAD                       25-012841

                  Kluang, Johor                                    Tarikh : 28.4.2004

 

Bayar

Pay to      Shamsul Bin Deraman               Atau pembawa

Ringgit     Tiga Ribu Sahaja                              RM 3000.00         

                 Baik untuk pembayaran sebelum 5.6.2006

                                                                                               

                                                                                                Lina

   " 012478" 25"" 08741       800008645 " 01

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

                                                            RAJAH 3

 

Apakah jenis cek tersebut ?

  • A. Cek kembara C. Cek Pembawa
  • B. Cek kosong D. Cek perintah

 

 

 

  • 31. Mengapakah perkhidmatan insurans penting kepada peniaga ?
  • A. Melindungi perniagaan daripada bencana
  • B. Memperoleh keuntungan daripada aktiviti insurans
  • C. Mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat
  • D. Mengurangkan kerugian yang mungkin dialami sekiranya berlaku risiko

 

  • 32. Apakah yang perlu dibayar oleh insured kepada insurer untuk mendapatkan perlindungan daripada sesuatu risiko ?
  • A. Premium C. Insurans
  • B. Dividen D. Pampasan

 

  • 33. Risiko yang tidak boleh diinsuranskan ......
  • I Boleh ditentukan premiumnya
  • II Boleh dihitung secara matematik
  • III Tidak boleh diukur melalui pengalaman masa lalu
  • IV Tidak dapat ditentukan ganti ruginya
  • A. I dan II C. II dan IV
  • B. I dan III D. III dan IV

 

  • 34. Antara berikut, pernyataan yang manakah memenuhi syarat prinsip kepentingan boleh insurans ?
  • I Encik Yusof menginsuranskan nyawa anak bongsunya
  • II Encik Kumar menginsuranskan nyawa rakan kongsi perniagaannya
  • III Puan Subetra membeli insurans kebakaran untuk rumah sewanya
  • IV Puan Zamzarina membeli insurans kemalangan peribadi atas nama kakaknya
  • A. I dan II C. II dan IV
  • B. I dan III D. III dan IV

 

  • 35. Antara berikut, yang manakah benar tentang prinsip ganti rugi dalam satu perjanjian insurans ?
  • I Jumlah bayaran ganti rugi mestilah tidak melebihi kerugian sebenar
  • II Jumlah gantirugi juga mengambil kira nilai yang diinsuranskan
  • III Jika sesuatu harta diinsuranskan kepada dua penginsurans hanya salah satu penginsurans akan membayar ganti rugi
  • IV Ganti rugi hanya dibayar bagi risiko yang diinsuranskan
  • A. I, II dan III C. I, III dan IV
  • B. II, III dan IV D. I, II dan IV

 

  • 36. Berdasarkan pernyataan yang berikut, manakah susunan yang betul tentang prosedur membeli polisi insurans ?
  • I Mendapatkan borang cadangan dan mengisi borang cadangan
  • II Menghubungi pihak insurer
  • III Membayar premium pertama dan mendapatkan nota lindungan
  • IV Mendapatkan polisi insurans
  • A. I, II, III dan IV C. II, I, III dan IV
  • B. II, III, I dan IV D. III, II, I dan IV

 

  • 37. Salah satu ciri pengangkutan rel ialah ruang muatan yang luas. Apakah faedahnya kepada seorang peniaga yang memilih jenis pengangkutan ini untuk menghantar barang?
  • A. Dapat menghantar barang yang berat
  • B. Dapat menjimatkan kos penghantaran barang
  • C. Dapat menghantar barang dalam kuantiti yang banyak
  • D. Dapat menghantar pelbagai jenis barangan dengan sekaligus

 

  • 38. Pengangkutan udara sesuai untuk mengangkut jenis barang-barang yang berikut kecuali......
  • A. Berat dan pukal
  • B. Ringan dan bernilai tinggi
  • C. Segar dan tidak tahan lama
  • D. Mudah rosak

 

  • 39. Pernyataan di bawah merujuk kepada satu ciri kontena.

 

    Kontena ialah peti khas berukuran standard.

 

 

Berdasarkan pernyataan di atas, apakah kelebihan menggunakan kontena dalam pengangkutan?

  • A. Memudahkan dokumentasi kastam
  • B. Mengurangkan kerosakan dan kecurian
  • C. Mengurangkan kos insurans dan bayaran pelabuhan
  • D. Memudahkan pengendalian dengan menggunakan mesin

 

  • 40. Antara berikut, faktor yang manakah perlu dipertimbangkan oleh peniaga apabila memilih jenis pengangkutan ?
  • I Nilai barang III Harga pasaran barang
  • II Jenis barang IV Kos pengeluaran barang
  • A. I dan II C. II dan IV
  • B. I dan III D. III dan IV

 

Skema Jawapan

 

1.

C

  

11.

C

  

21.

A

  

31.

D

2.

D

  

12.

D

  

22.

D

  

32.

A

3.

D

  

13.

A

  

23.

A

  

33.

D

4.

B

  

14.

B

  

24.

A

  

34.

A

5.

C

  

15.

D

  

25.

C

  

35.

D

6.

B

  

16.

A

  

26.

D

  

36.

C

7.

C

  

17.

D

  

27.

A

  

37.

C

8.

B

  

18.

A

  

28.

A

  

38.

A

9.

B

  

19.

B

  

29.

D

  

39.

C

10.

A

  

20.

D

  

30.

D

  

40.

A