Soalan Peperiksaan Perdagangan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 Daerah Johor Bahru 2008

 

PERDAGANGAN

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5

DAERAH JOHOR BAHRU.

TAHUN 2OO8

  

KERTAS 1

SOALAN OBJEKTIF

Jawab semua soalan

 

  1. Kehendak manusia dikatakan erbeza daripada keperluan manusia kerana.....
    1. Kehendak semua manusia adalah samata
    2. Keperluan manusia adalah berbeza-beza
    3. Kehendak manusia adalah pelbagai dan tidak terhad
    4. Keperluan manusia berubah-ubah mengikut peredaran masa

 

 

Soalan 2 berdasarkan maklumat yang berikut.

 

  • * Setiap penduduk di Malaysia dibenarkan mendapatkan rawatan percuma di hospital kerajaan.
  1. Pernyataan di atas merujuk kepada...
    1. Keperluan Fisiologi
    2. Keperluan Kasih Sayang
    3. Keperluan Penghargaan Diri
    4. Keperluan Sempurna Kendiri

 

 

  1. Antara berikut, pernyataan yang manakah menerangkan maksud pengeluaran?
    1. Urusan jual beli yang membawa keuntungan
    2. Kegiatan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada pengguna
    3. Aktiviti melakukan pekerjaan mengikut pengkhususan
    4. Aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi kehendak manusia

     

 

      4.  Antara berikut,yang manakah benar tentang pengeluaran langsung?

I           Diamalkan pada masa kini

II           Diusahakan secara kecil-kecilan

III          Jumlah keluaran biasanya sedikit

IV         Mencukupi untuk keperluan keluarga

 

  1. I,II dan III                       C. I,III dan IV
  2. I,II dan IV                       D. II,III dan IV

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

    Soalan 5 berdasarkan rajah di bawah ini

Kaji selidik teknik tanaman nenas

 

 

 

 


 

Pengeluaran nenas

                 

 

 


 

Pengetinan nenas

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   

      5.  Berdasarkan rajah di atas, pilih bidang pengeluaran yang terlibat

  • A. Ekstratif dan perkilangan
  • B. Perkilangan dan khidmat langsung
  • C. Khidmat langsung, ekstratif dan perkilangan
  • D. Ekstratif, perkilangan dan perdagangan

 

      6. Dalam urusniaga system barter, individu yang manakah menghadapi masalah untuk  membahagikan barang yang hendak ditukar?

           A. Pengeluar beras

           B. Pengeluar jagung

           C. Pemilik ternakan lembu

           D. Nelayan

 

7. Antara berikut,pernyataan yang manakah tidak benar?

           A. Perdagangan merupakan salah satu cabang perniagaan

                 B. Perniagaan adalah aktiviti jual beli yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan

           C. Aktiviti perdagangan merangkumi perniagaan dan juga bantuan perniagaan

           D. Seseorang yang terlibat dalam aktiviti perdagangan juga terlibat dalam aktiviti pengeluaran.

 

8. Barang yang ditempah khas oleh pengguna sesuai diagihkan melalui jenis saluran agihan..

           A. Pengeluar-pengguna

           B. Pengeluar-peruncit-pengguna

           C. Pengeluar-ejen-pengguna

           D. Pengeluar-pemborong-peruncit-pengguna

 

9. Salah satu peranan peruncit ialah menjalankan kerja-kerja akhir. Antara yang berikut kerja-kerja akhir manakah yang tidak dijalankan oleh peruncit kedai am?

          I.      Menggred

          II.      Menimbang

          III.     Membungkus

          IV     Menjenama

         A. I dan II                   C. III dan IV

         B  II dan III                  D. I dan IV

 

 

Soalan 10 berdasarkan maklumat yang berikut.

 

  • * Fungsi peruncit ialah menyediakan perkhidmatan selepas jualan

10. Manakah antara pernyataan berikut berkaitan dengan situasi di atas?

 

              A. Puan Mariah membeli barang dalam kuantiti yang banyak di pasar raya

              B  En. Chelliah membeli perabot daripada kedai perabot Siong Huat.

              C. En. Mudin membeli belah di Pasar Raya Besar Giant

              D. En. Abu membeli 1 kilogram beras di Kedai Runcit Pak Ali.

 

11. Peniaga yang mengendalikan pasar raya besar sanggup menjual barang pada harga yang murah kerana....

            A. Mengamalkan layan diri

            B. Membeli stok secara pukal

            C. Kos overhed adalah rendah

            D. Mempunyai aset yang banyak.

 

12.  Pejabat pos bertindak sebagai ejen bagi peniaga yang menjalankan perniagaan...

            A. Jualan langsung

            B. Francais

            C. Pesanan Mel

            D. Kedai katalog

 

13. Pemborong biasanya akan menyampaikan maklumat pasaran. Bagi seorang pengeluar, fungsi ini dapat menjimatkan kos...

            A. Promosi

            B. Pergudangan

            C  Penyelidikan pemasaran

            D  Memecah pukal

 

14. Apakah persamaan antara pemborong satu barisan dengan pemborong khusus\\\.

            A. tidak menjual pelbagai jenis jenama barang

            B. Tidak memberikan khidmat nasihat

            C. Tidak menyediakan khidmat pengangkutan

            D. Tidak menyediakan kemudahan kredit

 

15. Antara yang berikut, yang manakah dokumen perniagaan yang bertindak sebagai bukti bahawa syarikat pengangkutan telah menyempurnakan urusan pengahantaran barang?

            A. Nota Serahan

            B. Nota Kiriman

            C. Nota Makluman

            D. Invois

 

 

16. Kaedah jualan tunai kurang sesuai bagi barang yang...

            A. Berat

            B. Tahan lama

            C. Murah

            D. Bernilai tinggi

 

17.  Pernyataan di bawah berkaitan dengan kaedah jualan.

  • * Hak milik barang akan dipindahkan kepada pembeli sebaik sahaja pembeli membayar deposit
  • * Baki akan dibayar secara ansuran

Antara berikut, kaedah jualan manakah menepati keterangan di atas?

A. Sewa Beli

B. Jualan tunai

C. Jualan Prabayar

D. Bayaran Tertunda

 

18. Walaupun jualan kredit boleh merugikan pembeli,namun kaedah jualan ini masih berleluasa kerana....

            A. Pengguna rata-rata miskin

            B. Sesetengah barang adalah barang keperluan harian

            C. Keperluan pengguna adalah pelbagai

            D. Menjual mengadakan promosi secara meluas

 

19. Apakah ciri-ciri am jualan kredit?

            I           Pembeli dikenakan wang pendahuluan

            II           Hak milik barang di tangan penjual sehingga tamat bayaran

            III          Ada perjanjian bertulis antara penjual dan pembeli

            IV         Pembeli berhak menarik balik barang

 

       A. I dan II               C. II dan IV

       B. I dan III               D. III dan IV

 

 

20.  Berikut adalah maklumat mengenai sejenis kaedah jualan.

  • * Pemborong menghantar barang kepada peruncit
  • * Peruncit dibayar komisen ke atas barang yang dijual
  • * Barang yang tidak habis dijual dipulangkan semula kepada pemborong.

Apakah kaedah ju\alan tersebut?

            A. Jualan tunai

            B. Jualan kredit

            C. Jualan prabayar

            D. Jualan Konsainan

 

21.  Apakah kpentingan perniagaan antarabangsa kepada negara?

            A. dapat mengurangkan aliran keluar mata wang negara

            B. dapat mengelakkan kemelesetan ekonomi

            C. dapat membangunkan ekonomi negara

            D. dapat mengurangkan imbangan pembayaran negara

 

22. Petronas mengeksport gas asli ke Jepun menggunakan kapal yang dimiliki oleh syarikat perkapalan tempatan.Hal ini merujuk kepada.....

            A. eksport dan import tak nyata

            B. eksport nyata dan tak nyata

            C. import nyata dan tak nyata

            D. eksport tak nyata dan import nyata

 

23. Mengapakah pihak kerajaan mengenakan tarif import terhadap import barang tertentu?

            A. Mengurangkan pergantungan terhadap barang import

            B. Meningkatkan hasil kerajaan untuk melaksanakan projek pembangunan

            C. Menjamin sumber bahan tempatan digunakan secara optimum

            D. Melindungi industri tempatan yang mengeluarkan barang yang sama.

 

24. Berikut adalah ciri perbankan konvensional kecuali

            A. mempelbagaikan perlaburan dalam semua jenis sector

            B. membayar faedah dan dividen atas simpanan

            C. tertakluk kepada akta BAFIA

            D. mengamalkan perkongsian untung rugi

 

25 Pengurusan dan perjalanan Bank Islam adalah berdasarkan tiga konsep utama, iaitu

            I           Wadiah

            II           Mudharabah

            III          Musyarakah

            IV         Bithaman Ajil

            A. I,II dan III

            B. I,II dan IV

            C. I,III dan IV

            D. II,III dan IV

           

26.Apakah fungsi Bank Pusat?

            I           Mengeluar dan mengawal mata wang

            II           Menjadi jurubank dan penasihat kewangan kepada kerajaan

            III          Menjadi jurubank kepada orang ramai

            IV         Melaksanakan dasar kewangan

            A. I dan II

            B. I,II dan IV

            C. I,III dan IV

            D. I,II ,III dan IV

 

27.Berikut merupakan contoh bank badan berkanun,kecuali

            A. Bank Rakyat

            B. Bank Pertanian Malaysia

            C. Bank Simpanan Nasional

            D. Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad

 

28. Jika Encik Lim mempunyai RM30 000, apakah akaun yang sesuai untuk menyimpan wang tersebut?

            A. Akaun Semasa

            B. Akaun Simpanan

            C. Akaun Tabungan

            D. Akaun Simpanan tetap

 

29. Antara berikut,yang manakah menerangkan kemudahan pembayaran dengan betul?

            A. Untuk membuat bayaran berulang-pindahan mel

            B. Membuat bayaran kepada penerima di daerah sama yang sama-draf bank

            C. Membuat bayaran terus ke dalam akaun penerima-pindahan kredit

            D. Pindahan bayaran dari akaun ke akaun secara elektronik-arahan tetap

 

30. Antara berikut,yang manakah bukan kelebihan penggunaan cek?

            A. Selamat digunakan

            B. Kepelbagaian penggunaan

            C. Mudah melakukan pembayaran

            D. Memerlukan masa untuk penjelasan

 

31. Pernyataan berikut menerangkan tentang ciri-ciri cek.

  • * Tidak boleh ditunaikan di kaunter
  • * Mempunyai dua garisan selari yang merentangi permukaan cek

Antara berikut, cek yang manakah mempunyai ciri-ciri seperti di atas?

            I           Cek perintah

            II           Cek pembawa

            III          Cek berpalang am

            IV         SCek berpalang khas

 

    A. I dan II                  C. II dan IV

    B. I dan III                  D. III dan IV

 

 

32. Insurer dapat menanggung tuntutan ganti rugi daripada insured dengan mengamalkan konsep?

            A. pengumpulan modal

            B. pengumpulan belanja

            C. pengumpulan risiko

            D. pengumpulan untung

 

 

33. Antara berikut, yang manakah bukan risiko yang tidak boleh diinsuranskan?

            A. Peperangan

            B. Kemerosotan ekonomi

            C. Tuntutan pihak ketiga

            D. Perubahan cita rasa pengguna

 

 

34. Pernyataan berikut berdasarkan prinsip insurans.

  • * Seseorang hanya boleh menginsuranskan harta milikan sendiri sahaja.

 

Prinsip tersebut merujuk kepada

      A. Indemniti

      B. Sumbangan

      C. Penuh percaya mutlak

      D. Kepentingan boleh insurans

 

35. Apakah prinsip penuh percaya mutlak?

            A. Insured tidak boleh menginsuranskan harta orang lain

            B. Insured menerima ganti rugi setakat kerugian sahaja

            C. Insured tidak boleh mendapat ganti rugi daripada pihak lain

            D. Insured mesti memberi maklumat yang benar semasa mengisi borang cadangan

 

 

36. Puan Lee wah ingin membeli polisi insurans pendidikan untuk anaknya yang berusia 9 tahun. Susun langkah yang perlu dilakukan olehnya.

            I           mendapatkan maklumat insurans pendidikan

            II           memahami maklumat insurans pendidikan

            III          membayar premium

            IV         mendapatkan nota lindungan

 

       A. II,I,III dan IV

       B. IV,II, III dan I

       C. IV, III,II dan I

       D. I,II,III dan IV

 

37. Antara berikut yang manakah benar mengenai pengangkutan darat?

            I           merupakan pengangkutan paling popular

            II           boleh dibahagikan kepada pengangkutan jalan raya dan pengangkutan rel

            III          pengangkutan darat di Malaysia dikawal oleh kerajaan

            IV         pengangkutan yang menjadi pilihan utama kepada penduduk pendalaman

 

A. I dan II                      C. II dan IV

B. I dan III                      D. III dan IV

 

38. Pernyataan di bawah merujuk kepada jenis pengangkutan.

  • * Helikopter
  • * Kapal terbang

Antara berikut, yang manakah kelebihan pengangkutan di atas?

      I           Pantas dan selesa

      II           Ruang muatan yang luas

      III          Menghubungi kawasan pedalaman

      IV         Sesuai mengangkut barang bernilai dan diperlukan segera

A. I,II dan III

B. I,II dan IV

C. I,III dan IV

D. II,III dan IV

39. Antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai pengkontenaan?

 

            A. Menjamin keselamatan barang

            B. Menjimatkan masa dan kerja pemunggahan

            C. Memudahkan peraturan dan dokumentasi kastam

            D. Tidak memerlukan system pengangkutan yang bersepadu.

 

 

40. Apakah faktor yang menentukan pemilihan jenis pengangkutan?

            I           Jenis barang

            II           Dasar kerajaan

            III          Saiz dan kuantiti barang

            IV         Jarak serta tempat yang dilalui

 

      A. I,II dan III

      B. I,II dan IV

      C. I,III dan IV

      D. II,III dan IV

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SKEMA JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TINGKATAN 5 PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU

  

KERTAS 1 : SOALAN OBJEKTIF

  

1. C

2. A

3. D

4. D

5. C

6. C

7. A

8. A

9. D

10.B

11.B

12.C

13.C

14.A

15.B

16.D

17.D

18.B

19.C

20.D

21.C

22.B

23.D

24.D

25.A

26.B

27.A

28.D

29.C

30.D

31.D

32.C

33.C

34.D

35.D

36.D

37.A

38.C

39.D

40.C

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

KERTAS 2

  

Bahagian A : Pilih dan jawab tiga soalan sahaja

  

1.         (a) i. Terangkan maksud pengeluaran.                                                            (5 markah)

                 ii. Berikan cabang-cabang pengeluaran.                                                    (4 markah)

 

            (b) i.  Nyatakan lima sifat usahawan.                                                            (5 markah)

                  ii. Huraikan peranan usahawan kepada masyarakat dan negara.                (8 markah)

 

            (c) Nyatakan kesan pengkhususan dalam pengeluaran.                                    (5 markah)

 

 

2.         (a) Berikan fungsi-fungsi pemborong kepada pengeluar di dalam

                 saluran agihan .                                                                                      (4 markah)

           

            (b) Kad prabayar kini menjadi semakin popular dalam kalangan peniaga

dan pengguna. Nyatakan bidang perniagaan di mana kad prabayar

sesuai digunakan.                                                                                   (5 markah)

 

            (c) i. Apakah faktor yang mewujudkan perniagaan antarabangsa.                       (8 markah)

                 ii. Terangkan kepentingan perniagaan antarabangsa kepada

pengguna dan pengeluar.                                                                       (8 markah)

 

 

3.         (a) i. Huraikan secara ringkas prinsip indemniti.                                                (5 markah)

                 ii. Apakah peranan insurans kepada individu dan perniagaan.                       (4 markah)

 

            (b) Jelaskan secara ringkas mengenai jenis-jenis risiko dalam insurans.            (7 markah)

 

            (c) i. Terangkan maksud insurans kebakaran.                                                  (4 markah)

                 ii. Apakah langkah-langkah untuk membuat tuntutan ganti rugi                     (5 markah)

 

 

4.         (a) Seorang peniaga yang membayar gaji bulanan kepada ramai

     pekerja yang masing-masing mempunyai akaun bank. Nyatakan dan

     terangkan jenis perkhidmatan yang diberikan oleh bank perdagangan

     untuk situasi tersebut.                                                                               (5 markah)

 

(b) i. Nyatakan kelebihan e-bangking.                                                              (4 markah)

     ii. Apakah kesannya jika sekeping cek dipalangkan?                                   (5 markah)

 

(c) Nyatakan sebab-sebab cek tak laku.                                                          (4 markah)

(d) Huraikan secara ringkas mengenai Syarikat Pemfaktoran.                            (8 markah)

 

 

 

5.         (a) Senaraikan lima peranan pengangkutan.                                                    (5 markah)

            (b) Apakah tugas-tugas Jabatan Laut ?                                                            (5 markah)

            (c) Jelaskan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam

     pemilihan jenis pengangkutan.                                                                   (9 markah)

(d) Terangkan maksud pengkontenaan.                                                            (6 markah)

 

 

 

 

SKEMA JAWAPAN : KERTAS 2

  • 1. (a) i.
  • * .....aktiviti atau proses untuk menghasilkan barang atau perkhidmatan yang dapat penuhi keperluan dan kehendak manusia.(1m)
  • * .....melibatkan aktiviti penghasilan barang seperti kasut,basikal dan penghasilan perkhidmatan sepert hiburan, pendidikan dan persolekan (1m)
  • * .....ditakrifkan sebagai proses penciptaan nilai hasil faedah iaitu menghasilkan barang dan perkhidmatan yang bernilai dan berfaedah kepada manusia.(1m)

            ii.

  • * ....mempunyai tiga cabang utama.(1m)
  • * ....perusahaan, perdagangan dan khidmat langsung.(1m)
  • * .....cabang perusahaan terdiri daripada ekstratif,perkilangan dan pembinaaan.(1m)
  • * .....perdagangan merangkumi perniagaan dan bantuan perniagaan.(1m)
  • * ....khidmat langsung meliputi semua perkhidmatan peribadi yang diberi kepada pengguna secara langsung.(1m)

 

     (b) i.

  • * .....berinisiatif-berkebolehan memulakan sesuatu.(1m)
  • * .....kreatif-kebolehan untuk mencipta serta mencuba sesuatu yang baru.(1m)
  • * .....inovatif- kebolehan untuk memperbaiki dan memperbaharui sesuatu.(1m)
  • * .....berani menghadapi risiko-gagah menghadapi risiko kerugian dalam perniagaan.(1m)
  • * .....keyakinan diri-yakin terhadap kebolehan diri.(1m)
  • * .....rajin dan tekun-bekerja keras untuk berjaya.(1m)
  • * .....berpandangan jauh-melihat peluang di masa hadapan.(1m)
  • * .....kebolehan mengurus-menguruskan perniagaan dengan baik.(1m)

 

         ii.

  • * .....penuhi keperluan dan kehendak masyarakat(1m)-kegiatan pengeluaran haruslah dapat memenuhi keperluan dan kehandak masyarakat.(1m)
  • * .....mewujudkan peluang pekerjaan(1m)-perusahaan yang ditubuhkan memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.(1m)
  • * .....menyumbang kepada pembangunan ekonomi(1m)-mengurangkan pergantungan negara terhadap barang import dan meningkatkan pembangunan ekonomi negara.(1m)
  • * .....meningkatkan taraf hidup masyarakat(1m)-peluang pekerjaan yang diwujudkan akan meningkatkan pendapatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat.(1m)
  • * .....menghasilkan penemuan dan penciptaan baru-pelbagai penemuan dan penciptaan terkini diperoleh dengan adanya daya cipta daripada usahawan.(1m)

 

    (c)

  • * .....mencapai kemahiran dan kecekapan.(1m)
  • * .....meningkatkan pengluaran.(1m)
  • * .....menjimatkan masa dan kos.(1m)
  • * .....membolehkan penggunaan mesin.(1m)
  • * .....menjimatkan penggunaan mesin atau alatan.(1m)
  • * .....membosankan.(1m)
  • * .....kehilangan daya cipta,seni pertukangan dan kerohanian.(1m)
  • * .....hasil yang standard.(1m)
  • * .....risiko pengangguran.(1m)
  • * .....terlalu bergantung kepada negara lain.(1m)
  • * .....saling bergantungan yang keterlaluan.(1m)

2.             (a)

  • * .....membeli secara pukal dan membayar secara tunai.(1m)
  • * .....menyampaikan maklumat pasaran terkini.(1m)
  • * .....melakukan kerja memecah pukal.(1m)
  • * .....menyediakan khidmat pergudangan.(1m)
  • * .....mempromosi dan mencari pasaran.(1m)
  • * .....mengambilalih tanggungan risiko.(1m)

 

    (b)

  • * .....Jualan prabayar memerlukan pembeli melakukan bayaran terdahulu sebelum barang atau perkhidmatan diserahkan kepadanya.(1m)
  • * .....diamalkan dalam bidang telekomunikasi,perkhidmatan awam atau jualan barang tertentu.(1m)
  • * .....jualan barang seperti panggilan telefon, bayaran tol,tambang bas,belian barang dengan pesanan pos,dan sebagainya.(1m)
  • * .....pemegang kad prabayar memperoleh perkhidmatan dengan cepat.
  • * .....penggunaan kad prabayar lebih efisien.(1m)

 

    (c)   i.

  • * .....perbezaan alam semula jadi(1m)-bentuk muka bumi,iklim,tanah-tanih dan sumber alam yang berlainan.(1m)
  • * .....tingkat teknologi dan kemahiran yang berbeza(1m)-perbezaan teknologi,kemahiran dan seni pertukangan mengakibatkan pengeluaran yang berbeza contoh negara Jepun khusus pada barang berteknologi tinggi seperti computer,telefon bimbit dan sebagainya.(1m)
  • * .....perbezaan kos pengeluaran(1m)-setiap negara mempunyai kelebihan sendiri untuk mengeluarkan barang tertentu pada kos yang lebih rendah berbanding negara lain.(1m)
  • * .....hubungan antarabangsa(1m)-hubungan diplomatik membuka jalan kepada perkembangan perniagaan antarabangsa.(1m)

 

         ii.

- Pengeluar

  • * .....menjimatkan kos dan meningkatkan kualiti barang akibat daripada pengkhususan antarabangsa.(1m)
  • * .....pasaran pengeluaran diperluaskan.(1m)
  • * .....membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran secara besar-besaran.(1m)
  • * .....menjamin bekalan sumber yang berterusan.(1m)
  • * .....pertukaran pengetahuan dan teknologi.(1m)

 

- Pengguna

  • * .....meluaskan pilihan pengguna.(1m)
  • * .....pengguna menikmati pelbagai jenis barang,dengan harga yang murah dan bermutu.(1m)
  • * .....peluang pekerjaan diwujudkan.(1m)
  • * .....taraf hidup ditingkatkan.(1m)
  • * .....menambah pengetahuan dan pengalaman.(1m)

 

 

 

 

 

 

 

 

3.             (a) i

  • * .....meliputi semua kontrak insurans kecuali insurans hayat dan kemalangan.(1m)
  • * .....dengan maksud lain adalah ganti rugi yang diberikan kepada insured daripada insurer. (1m)
  • * .....ganti rugi dibayar dalam bentuk bayaran tunai,mengganti barang yang hilang,membaik pulih dan membina semula.(1m)
  • * .....berasaskan tiga keadaan iaitu sumbangan(1m),subrogasi(1m) dan doktrin sebab hampiran(1m).

 

                    ii.

                        -Individu

  • * .....perlindungan dan jaminan masa depan(1m)
  • * .....membantu merancang masa depan.(1m)
  • * .....menanam tabiat berjimat cermat.(1m)

-Perniagaan

  • * .....melindungi firma perniagaan daripada kerugian.(1m)
  • * .....melepaskan firma perniagaan daripada pelbagai risiko.(1m)

 

    (b)

  • * .....risiko bermaksud kemungkinan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini.contoh risiko kemalangan,kecurian dan kebakaran.(1m)
  • * ....terdapat dua jenis risiko iaitu boleh insurans(1m) dan tidak boleh insurans(1m)
  • * .....risiko boleh insurans ialah risiko yang kemungkinan berlakunya dapat ditentukan secara kaedah statistik.(1m)
  • * .....pihak insurer dapat menaksir premium untuk memberi perlindungan terhadap risiko.(1m)
  • * .....contohnya banjir, kematian, kebakaran, kemalangan, ketidakjujuran, kecurian dan rompakan.(1m)
  • * .....risiko tidak boleh insurans ialah kekerapan risiko yang tidak dapat ditentukan secara perangkaan.(1m)
  • * .....Contoh bencana alam,peperangan,pemberontakan,kemelesetan ekonomi dan sebagainya.

 

(c)      i.

  • * .....Insurans kebakaran memberi perlindungan terhadap kerugianyang berpunca daripada kebakaran.(1m)
  • * .....kebakaran mungkin melibatkan stok perniagaan,mesin,premis,wang ringgit dan harta benda.(1m)
  • * .....ganti rugi akan dibayar oleh insurer untuk memulihkan insured seperti keadaan asal.(1m)
  • * .....terdapat juga insurans kebakaran untuk melindungi kehilangan untung akibat kebakaran.(1m)

 

          ii.

  • * ....membuat laporan polis mengenai kejadian.(1m)
  • * ....menghubungi insurer untuk memberitahu mengenai kejadian.(1m)
  • * ....mengisi borang tuntutan dengan lengkap.(1m)
  • * ....mengembalikan borang bersama-sama salinan laporan polis.(1m)
  • * ....menantikan siasatan dan mendapat bayaran ganti rugi.(1m)

 

 

 

 

 

4.         (a)

  • * ....perkhidmatan pindahan kredit adalah cara yang sesuai bagi para peniaga yang hendak membayar gaji kepada ramai pekerja.(1m)
  • * ....peniaga boleh mengisi borang pindahan kredit dengan nama,alamat bank,nombor akaun pekerja dan jumlah bayaran.
  • * .....borang ini diserahkan pada pihak bank.(1m)
  • * .....pihak bank akan memindahkan bayaran terus ke akaun pekerja(1m) dengan cara mengkreditkan akaun mereka.(1m)

 

(b) i.

  • * .....perbankan dilakukan secara layan diri dan dapat mengelakkan kesesakan di kaunter bank.(1m)
  • * .....telebank dan perbankan internet boleh dilakukan dalam keadaan selesa di pejabat atau di rumah.(1m)
  • * .....perbankan elektronik beroperasi selama 24 jam.(1m)
  • * .....urusniaga dapat dilakukan dengan cepat,mudah dan ekonomis.(1m)
  • * .....pihak bank dapat mengurangkan bilangan pekerja dan jimatkan kos operasi.(1m).

   ii.

  • * ....apabila cek dipalangkan ia tidak boleh ditunaikan di kaunter bank.

 (2 ½ markah).

  • * ....cek berpalang mestilah dimasukkan ke dalam akaun bank untuk mengutip bayaran. (2 ½ markah)

 

(c)

  • * ....penyuruh bayar tidak mempunyai wang yang cukup untuk membuat bayaran(1m)
  • * .....butir-butir pada cek silap atau tidak lengkap.(1m)
  • * .....akaun penyuruh bayarditutup,bankrap atau tidak siuman(1m)
  • * .....arahan penyuruh bayar hentikan bayaran(1m)
  • * .....cek rosak atau koyak(1m)

 

(d)

  • * ....memberi pendahuluan kepada peniaga berdasarkan invois yang dibeli.(2m)
  • * ....peniaga memfaktorkan invoisnya kepada syarikat pemfaktoran.(1m)
  • * ....invois yang dibeli daripada peniaga pada kadar diskaun.(1m)
  • * ....syarikat pemfaktoran ambil alih tugas mengutip hutang daripada pelanggan.(2m)
  • * ....kadar diskaun yang diterima merupakan ganjaran untuk perkhidmatan.(1m)
  • * Syarikat menanggung risiko hutang daripada pelanggan.(1m)

 

5.         (a) i.

  • *.....mengelakkan lebihan dan kurangan barang di pasaran(1m)
  • *.....mengurangkan kos penyimpanan stok(1m)
  • *.....memperluaskan pasaran(1m)
  • *.....menggalakkan pengeluaran secara besar-besaran.(1m)
  • *.....mengelakkan pembaziran(1m)
  • *.....menyebarkan hasil ciptaan sains dan teknologi(1m)
  • *.....mengalakkan pengaliran modal dan industri.(1m)
  • *....mempelbagaikan pilihan pengguna(1m)
  • *....membantu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.(1m)

 

 

 

 

 

(b)

  • * .....mendaftar dan melesenkan semua kapal dan bot(1m)
  • * .....mengeluarkan perakuan kecekapan untuk pelaut Malaysia(1m)
  • * .....mewujudkan system pelayaran yang efisien(1m)
  • * .....menyelenggarakan pelabuhan(1m)
  • * .....memeliharabkwasan perairan supaya bebas daripada pencemaran.(1m)

 

 

 

(c)

  • * ....kos pengangkutan(1m)
  • * .....tambang akan mempengaruhi keuntungan peniaga.tambang yang tinggi akan menambahkan perbelanjaan dan mengurangkan keuntungan.(1m)
  • * ....jenis dan sifat barang(1m)
  • * ....barang keperluan segera,mudah rosak,tahan lamaakan mempengaruhi jenis pengangkutan.(1m)
  • * ....kesegeraan(1m)
  • * ....barang yang diperlukan segera perlu pengangkutan paling cepat seperti kapal terbang.(1m)
  • * ....risiko kerosakan(1m)
  • * ....barang yang mudah rosak perlu pendingin beku,manakala barang yang tahan lasak boleh dihantar dengan sebarang pengangkutan(1m)
  • * ....nilai barang(1m)
  • * ....barangng mahal seperti intan perlu penjagaan rapi dan dihantar segera.(1m)
  • * ....jarak perjalanan(1m)
  • * ....bergantung pada kawasan atau tempat barang di hantar.jika dekat boleh menggunakan pengangkutan darat.(1m)
  • * ....saiz,berat dan kuantiti barang(1m)
  • * ....barang yang besar dan berat perlu gunakan laut atau rel manakala barang yang ringgan boleh menggunakan pengangkutan jalan raya atau udara.(1m)

 

(d)

  • * ....mengangkut barang-barang di dalam kontena yang terpiawai.(1m)
  • * ....kontena ialah peti besi yang kukuh.(1m)
  • * ....terdapat kapal kontena,lori kontena,dan keretapi kontena(1m)
  • * ....sesuai untuk barang yang besar,berat dan kuntiti yang banyak.(1m)
  • * ....perlukan kerja pemunggahan(1m)
  • * ....barang di hantar dengan mudah dan selamat(1m)